Pengeluaran halia secara komersial menggunakan kaedah fertigasi

Category: Bil. 1 (2012)

Yaseer Suhaimi Mohd. dan Mohamad Abd. Manas

Ringkasan

Zingiber officinale Roscoe atau halia ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia biasanya ditanam secara pindah-randah di kawasan tanah tinggi yang terhad. Penanaman halia secara konvensional juga sering menghadapi masalah ketidaksuburan tanah dan penyakit bawaan tanah (soil borne diseases) seperti fusarium dan layu bakteria yang menjejaskan hasil tanaman halia. Justeru itu pakej teknologi penanaman halia secara fertigasi dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut. Inovasi baru dalam penanaman halia ini bukan sahaja membolehkan halia ditanam di kawasan tanah rendah malahan penanaman dapat dijalankan secara berulang-ulang dan berterusan di kawasan yang sama. Penggunaan kaedah ini juga dapat meningkatkan pertumbuhan pokok dan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Projek penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah menunjukkan daya maju yang memberangsangkan. Penggunaan halia yang bernilai tinggi seperti halia Bentong dapat menambahkan pendapatan pengusaha.

Teks Penuh (2261 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.