Perumah gantian bagi nematod puru akar tanaman mengkudu dan kaedah pengawalannya

Category: Bil. 1 (2012)

Azimah Abd Kadir, Mazidah Mat dan Mansor Puteh

Ringkasan

Nematod puru akar merupakan perosak utama penanaman mengkudu. Serangannya boleh membantutkan pertumbuhan tanaman dan mengurangkan hasil mengkudu. Adalah sukar untuk merawat pokok yang telah diserang nematod. Oleh itu, kaedah pencegahan dan pengawalan perlu bermula di peringkat semaian lagi. Untuk mengurangkan serangan nematod, penggunaan bahan tanaman yang bebas nematod dan medium tanaman yang steril adalah disyorkan. Namun begitu, keupayaan nematod puru akar untuk berumah di pelbagai jenis rumpai telah menyukarkan lagi pengawalannya. Pengurusan berkesan rumpai secara berterusan berserta dengan kaedah lain seperti pembasmian nematod pada peringkat awal penanaman boleh membantu mengawal populasi perosak ini.

Teks Penuh (2013 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.