MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit karah dan sesuai ditanam di tanah bermasalah

Category: Bil. 1 (2012)

Elixon Sunian @ Sulaiman, Azlan Shaari, Zainudin P.M.D. Hussain, Saad Abdullah, Alias Ismail, Othman Omar, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad Najib Mohamad Yusof, Nurkhairani Abu Bakar, Amirrudin Mokhtar, Maisarah Mohamad Saad, Shahida Hashim dan Siti Norsuha Misman

Ringkasan

Penyakit karah merupakan penyakit utama padi yang memberi kesan kerugian yang teruk pada hasil pengeluaran padi dan peningkatan kos input racun. Pendekatan untuk penghasilan varieti yang rintang penyakit karah merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menangani masalah tersebut. MR 253 merupakan varieti padi baharu yang rintang kepada penyakit karah juga sesuai digunakan sebagai induk penderma bagi gen rintang penyakit karah. Ia juga sederhana rintang kepada benah perang, penyakit hawar daun bakteria dan penyakit merah virus. MR 253 ialah varieti yang matang awal (100–104 hari) dan mempunyai morfologi pokok yang padat, rendah dan tahan rebah. Prestasi hasil varieti MR 253 adalah lebih tinggi berbanding dengan varieti MR 219 semasa peringkat Percubaan Penyesuaian Baka dengan purata hasil 6.0 tan/ha. Percubaan Penentusahan Setempat juga menunjukkan purata hasil varieti MR 253 yang lebih tinggi berbanding dengan purata hasil varieti MR 219 iaitu 5.6 t/ha. Selain itu, MR 253 juga sesuai ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti kawasan gambut dan asid yang tinggi dengan potensi hasil sekitar 4.6 t/ha.

Teks Penuh (1287 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.