Pembiakbakaan, ciri-ciri dan prestasi hasil varieti padi MR 276

Category: Bil. 1 (2012)

Amirrudin Mokhtar, Alias Ismail, Saad Abdullah, Zainudin P.M.D. Hussain, Elixon Sunian Sulaiman, Asfaliza Ramli, Shahida Hashim, Siti Norsuha Misman, Maisarah Mohamad Saad, Muhamad Haron, Mohd Najib Mohd Yusof dan Mohd Puzi Aziz

Ringkasan

Varieti padi MR 276 ialah varieti baharu yang diperkenalkan oleh MARDI yang mempunyai potensi pengeluaran hasil yang tinggi, berkemungkinan besar dapat menyaingi varieti MR 219. Varieti ini dihasilkan melalui kacukan baka tempatan MR 200 dengan ER 3336. Proses kacukan dan pemilihan varieti ini memakan masa 15 musim (Musim Utama 1998/99 hingga Luar Musim 2005). Hasil terbaik yang dicatat oleh varieti ini ialah 7.3 t/ha dalam Percubaan Hasil, 6.7 t/ha dalam Percubaan Penyesuaian Baka, 10.2 t/ha dalam petak pemerhatian dan 11.15 t/ha dalam Projek Peningkatan Skala. Dari segi morfologi, MR 276 berbeza daripada MR 219 atau varieti-varieti terdahulu, iaitu daunnya yang berbentuk ‘V’ dan warna pada daun serta batangnya hijau gelap. Tangkai dan bijinya jauh lebih panjang dan besar daripada MR 219. Berasnya juga lebih panjang dan lebar daripada MR 219. Umur matang dan ketinggian pokok MR 276 adalah setanding dengan MR 219. Ciri kerintangan terhadap perosak utama tanaman padi adalah baik dengan kerintangan MR 276 terhadap karah daun dan karah tangkai lebih baik daripada MR 219.

Teks Penuh (2298 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.