Teknologi mikroenkapsulasi curcumin menggunakan pengeringan semburan

Category: Bil. 1 (2012)

Noor Fadilah Mohd Bakri dan Azman Mohd Adam

Ringkasan

Teknik mikroenkapsulasi menggunakan kaedah pengeringan semburan menghasilkan serbuk kunyit yang lebih baik terutamanya dari segi ketahanan terhadap cahaya. Hasil daripada kaedah ini, serbuk kunyit dan bahan utama iaitu curcumin didapati mempunyai ciri-ciri kebolehlarutan yang lebih baik, di samping menghasilkan warna oren cerah yang menarik berbanding dengan warna asalnya. Ciri-ciri warna sebegini menjadikan curcumin lebih mudah digunakan dalam industri makanan sebagai agen pewarna. Curcumin ialah bahan utama di dalam kunyit yang mempunyai pelbagai khasiat perubatan seperti antioksidan, antiradang dan tonik pembersih darah. Sampel yang melalui proses mikroenkapsulasi dengan pembawa (2% tepung gandum) didapati mempunyai ciri-ciri yang lebih baik dari segi kecerahan (berdasarkan nilai L*) dan juga peratus dapatan curcumin. Bacaan bagi nilai L* yang mewakili kecerahan adalah tinggi dan peratus dapatan curcumin (melalui proses pengekstrakan larutan-larutan) adalah hampir sama dengan sampel kawalan. Teknologi mikroenkapsulasi dapat membantu mengatasi masalah bahan yang tidak stabil seperti perisa dan pewarna dalam industri makanan.

Teks Penuh (474 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.