Gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan

Category: Bil. 2 (2012)

Suzalyna Mos

Ringkasan

Pelbagai jenis konfeksi gula yang dihasilkan daripada resipi tradisional berpotensi untuk dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan atau perkakas yang murah dan biasa digunakan. Kaedah atau proses yang dijalankan dengan mengawal darjah pendidihan akan menentukan jenis konfeksi gula. Gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan (BCB) dihasilkan melalui pendidihan gula, sirap glukosa dan juga mentega sehingga mencapai suhu 138 °C yang diklasifikasikan sebagai gula-gula jenis ‘rapuh-lembut’ berdasarkan jadual hubungan darjah pendidihan dan jenis konfeksi gula. Cengkih yang digunakan sebagai bahan perisa adalah dalam bentuk serbuk manakala esen buah tembikai susu juga ditambah untuk menambah baik rasa gula-gula butterscotch cengkih. Teknik penghasilan gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan adalah melalui teknik ‘gula-tarik’.

Teks Penuh (171 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.