Teknik baharu pemprosesan jangat

Category: Bil. 2 (2012)

Umi Kalsum Hussain Zaki, Mohamed Shafit Hussain, Nur Ilida Mohamad, Dayana Mohamed Nezuri, Mohd Firdaus Saudi, Nazarifah Ibrahim, Noraini Ibrahim dan Asiah Abu Samah

Ringkasan

Kulit lembu yang juga dikenali sebagai jangat merupakan makanan popular bagi masyarakat Jawa dan Minangkabau. Pemprosesan kulit lembu secara konvensional mengambil masa yang lama sehingga mencecah 2 bulan. MARDI telah membangunkan satu kaedah atau teknik baharu bagi memproses kulit lembu dengan mudah, cepat, bersih dan selamat digunakan. Analisis tekstur yang dijalankan didapati sampel kulit lembu yang diproses secara konvensional lebih keras dan liat berbanding dengan pemprosesan secara teknologi baharu. Penilaian sensori menunjukkan penerimaan pengguna terhadap kulit lembu yang diproses secara konvensional dan teknologi baharu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Analisis mikrobiologi juga menunjukkan tiada pertumbuhan mikrob bagi sampel teknologi baharu. Secara keseluruhannya produk kulit lembu yang diproses secara teknologi baharu mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan pemprosesan secara konvensional.

Teks Penuh (1456 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.