Penanaman terung secara fertigasi

Category: Bil. 3 (2013)

Yaseer Suhaimi Mohd., Mohamad Abd. Manas dan Omar Taib

Abstrak

Teknologi fertigasi ialah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk penanaman tanaman jangka masa singkat seperti terung. Penanaman terung secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Penanaman terung menggunakan sistem fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil sehingga dua kali ganda berbanding dengan penanaman secara konvensional. Prestasi hasil yang tinggi iaitu 3 kg sepokok dapat meningkatkan lagi pendapatan pengusaha. Dengan pengeluaran hasil yang meningkat, penanaman terung secara fertigasi mampu menjadi pilihan utama kepada usahawan tani.

Teks Penuh (212 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.