Kaedah nanoteknologi dalam pengesanan patogen tanaman

Category: Bil. 3 (2013)

Rafidah Abd Rahman, Hazalina Zulkifli, Suria Mohd Saad, Rashid Mat Rani, Zamri Ishak, Mohamad Roff Mohd Noor dan Nazree Derman

Abstrak

Pengesanan virus dan patogen berbahaya yang menjangkiti tanaman adalah penting bagi memastikan hasil pertanian bebas serta selamat daripada pencemaran penyakit yang boleh membawa kepada kemusnahan serta kerugian yang besar. Kini, terdapat pelbagai teknik mengesan virus dan patogen yang pantas serta boleh dipercayai telah berjaya dibangunkan dan usaha bagi meningkatkan keberkesanan teknik ini masih diteruskan bagi mendapatkan hasil yang lebih optimum. Teknologi nano merupakan salah satu bidang penyelidikan saintifik yang mempunyai potensi untuk diaplikasikan bukan sahaja dalam pembangunan teknologi pengesanan, namun ia boleh diterokai agar dapat digunakan dalam aktiviti penyelidikan terutama yang melibatkan bidang agro-pertanian. Artikel ini memperincikan beberapa penyelidikan nanoteknologi semasa yang digunakan untuk pertanian serta potensi untuk diaplikasikan dalam bidang baru nanoteknologi agropertanian pada masa hadapan.

Teks Penuh (259 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.