Perbandingan prestasi tanaman cili padi menggunakan sistem fertigasi terbuka dan konvensional

Category: Bil. 3 (2013)

Yaseer Suhaimi Mohd., Mohamad Abd. Manas, Omar Taib, Abu Hassan Ishak dan Omran Hashim

Abstrak

Teknologi fertigasi ialah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Sistem penanaman secara fertigasi juga telah menunjukkan pertumbuhan tanaman yang memberangsangkan serta peningkatan hasil tanaman cili, tomato dan rockmelon yang tinggi berbanding dengan penanaman secara konvensional. Walau bagaimanapun, kurang maklumat yang ada tentang perbandingan hasil untuk tanaman cili padi yang ditanam menggunakan sistem fertigasi dan secara konvensional menyebabkan tanaman menggunakan sistem fertigrasi kurang diceburi. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membandingkan pertumbuhan dan hasil tanaman bagi kedua-dua sistem penanaman ini. Hasil cili padi boleh dituai seawal 85 hari pada tanaman menggunakan sistem fertigasi berbanding dengan 100 hari pada sistem konvensional. Pokok cili pada sistem fertigasi memberi jumlah buah yang tinggi iaitu 1,758 ± 121 g berbanding dengan 421 ± 43 g yang diperoleh pada penanaman secara konvensional. Pokok cili yang ditanam secara konvensional 29% lebih rendah berbanding dengan pokok yang ditanam secara fertigasi. Sistem fertigasi nyata dapat memberi hasil yang tinggi dan pertumbuhan pokok yang baik.

Teks Penuh (166 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.