Ciri-ciri beras dalam pembangunan produk

Category: Bil. 4 (2013)

Rosniyana Ahmad

Ringkasan

Artikel ini memberi maklumat tentang ciri-ciri beras dalam pembangunan produk yang mempunyai beberapa kelebihan. Tepung beras mempunyai sifat kanji yang unik yang dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi untuk industri makanan. Terdapat beberapa cabaran menggunakan beras dalam pembangunan produk. Beberapa ciri beras perlu dikenal pasti sebelum digunakan dalam pembangunan produk. Lazimnya ciri beras dipengaruhi oleh sifat kanji beras itu sendiri. Kandungan amilosa dan nilai suhu penggelatinan adalah antara ciri-ciri kanji yang mempengaruhi mutu produk beras. Dalam pemprosesan produk berasaskan beras, beberapa langkah dalam aliran pembangunan produk perlu diambil kira seperti pemilihan bahan mentah, perundangan, formulasi, keselamatan makanan, kaedah pemprosesan, kos dan harga produk. Kriteria dalam membangunkan formulasi produk beras dikenal pasti agar produk yang dihasilkan bermutu tinggi dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pembangunan produk melalui proses inovasi telah menghasilkan produk daripada varieti baru dan juga beras perang.

Teks Penuh (173 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.