Integrasi tebu kuning-kelapa meningkatkan pendapatan petani

Category: Bil. 4 (2013)

Khairol Ismail dan Wan Zaki Wan Mamat

Ringkasan

Salah satu tanaman yang berpotensi untuk tujuan integrasi dengan kelapa ialah tebu kuning. Penanaman integrasi tebu kuning-kelapa telah dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue) dengan 50% kawasan sahaja yang boleh ditanam dengan tebu kuning pada ruang di antara dua baris kelapa. Ruang di antara dua baris kelapa tersebut telah ditanam dengan 7 baris tanaman tebu kuning pada jarak 1.5 m di antara baris. Untuk kajian ini, jarak di dalam baris 2.5 m (kepadatan normal) dan 1.5 m (kepadatan tinggi) telah digunakan. Kajian menunjukkan hasil kelapa meningkat sebanyak 46.3% di plot tanaman tebu kuning berkepadatan normal berbanding dengan 18.9% pada plot tanaman tebu kuning berkepadatan tinggi. Jumlah pendapatan bersih yang diperoleh oleh petani hasil jualan tebu kuning dan kelapa masing-masing ialah RM6,557.00 dan RM9,327.30 sehektar semusim bagi tebu kuning berkepadatan normal dan tinggi. Pulangan pelaburan (ROI) untuk setiap ringgit yang dilaburkan melalui integrasi tanaman tebu kuning-kelapa masing-masing ialah 1.93 dan 2.13 bagi tebu kuning berkepadatan normal dan tinggi, manakala hanya 0.95 bagi tanaman kelapa tanpa integrasi. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi tebu kuning-kelapa baris kembar dua adalah menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.

Teks Penuh (380 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.