Teknik suntikan sperma intrasitoplasmik – satu kaedah bioteknologi pembiakan terkini lembu

Category: Bil. 6 (2014)

Habsah Bidin dan Musaddin Kamaruddin

Ringkasan

ICSI merupakan salah satu kaedah penghasilan embrio secara in vitro dalam bioteknologi reproduktif haiwan yang melibatkan satu sperma yang disuntik ke dalam oosit matang dengan menggunakan peralatan mikromanipulator. Lazimnya, ICSI digunakan apabila pejantan mempunyai nilai genetik yang tinggi, tetapi mempunyai bilangan sperma dan motiliti yang rendah serta kurang keupayaan mensenyawakan oosit secara normal. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan kaedah ICSI, antaranya adalah teknik ICSI, morfologi sperma dan oosit, jenis medium, masa dan kecederaan yang mungkin timbul semasa suntikan sperma ke dalam sitoplasma oosit. Kemahiran pakar embriologi dan kekerapan teknik ICSI dijalankan juga mempengaruhi kejayaan ICSI. Teknologi ini boleh diaplikasi untuk menyelamatkan pejantan yang mempunyai kecacatan biologi, tetapi bernilai genetik yang tinggi.

Teks Penuh (411 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.