Agrinutrigenomik – farmasi untuk mengurangkan risiko penyakit

Category: Bil. 6 (2014)

Indu Bala Jaganath, Alizah Zainal dan Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan


Ringkasan

Untuk menempatkan Malaysia sebagai peneraju industri herba dan nutraseutikal, adalah penting untuk mengesahkan keberkesanan dan potensi herba tempatan secara komprehensif. Nilai produk berasaskan herba dapat ditingkatkan sekiranya lebih banyak bukti saintifik disertakan dalam pengesahan keberkesanan herba. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah melalui aplikasi bidang sains terkini yang dikenali sebagai nutrigenomik yang membolehkan pengesahan saintifik keberkesanan herba dilakukan secara komprehensif. Kajian nutrigenomik dapat menjelaskan bagaimana makanan (fitonutrien) mampu mengawal atur gen tertentu yang bertanggungjawab kepada pencegahan atau punca sesuatu penyakit dapat dikenal pasti dan seterusnya boleh digunakan untuk membangunkan produk makanan terapeutik. Tiga prinsip utama nutrigenomiks ialah penyaringan dan pengenalpastian fitonutrien, pengesahan khasiat fitonutrien melalui kajian pengekpresan gen-gen yang berkaitan dengan penyakit dan pembangunan formulasi fitonutrien. Formulasi antiarterosklerosis ini terbukti dapat memberi kesan positif terhadap beberapa tapak laluan selular yang terlibat dalam penyakit kardiovaskular seperti tindak balas inflamatori, tapak laluan REDOX, pengangkutan dan metabolisme lipid, tindak balas tekanan darah, antiapoptosis dan tindak balas pembentukan sel busa/plak.

Teks Penuh (197 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.