Kaedah mudah penentuan kepedasan dalam halia tempatan

Category: Bil. 6 (2014)

Sharizan Ahmad, Aminah Abdullah, Nor Fadhilah Sapiee, Noor Ismawaty Nordin dan Engku Hasmah Engku Abdullah

Ringkasan

Halia (Zingiber officinale) merupakan herba popular dan banyak digunakan dalam industri makanan dan farmaseutikal. Halia mempunyai pelbagai faedah yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kualiti halia yang dihasilkan boleh ditentukan melalui kandungan kepedasan dan aroma. Dalam kajian ini, dua komponen utama halia iaitu 6-Gingerol dan 6-Shogoal telah ditentukan menggunakan peralatan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC). Kaedah ini merupakan kaedah ringkas dan pantas bagi menentukan kandungan kepedasan halia dan kandungan 6-Gingerol dan 6-Shogoal ditentukan masing-masing pada masa 11.829 dan 16.364 minit.

Teks Penuh (534 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.