Integrasi tanaman di kawasan kelapa meningkatkan pendapatan petani

Category: Bil. 9 (2016)

Khairol Ismail dan Wan Zaki Wan Mamat

Ringkasan

Usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada usaha meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malahan ia turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Sifat-sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain. Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa. Daripada kajian yang dijalankan, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan paling tinggi sebanyak 47% bawah sistem tanaman kelapa konvensional. Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, integrasi kelapa dan tebu kuning memberi peningkatan hasil purata bulanan kelapa sebanyak 46.28%. Analisis ekonomi menunjukkan bahawa integrasi kelapa dan serai juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi pada kedua-dua sistem penanaman kelapa. Bagi sistem segi tiga konvensional, pulangan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 2.72 manakala sistem baris kembar dua kelapa pula, pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 3.43. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa paling menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.

Teks Penuh (500 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.