Penilaian dan pemilihan titisan tomato terpilih untuk tanaman tanah rendah

Category: Bil. 10 (2016)

Nor Hazlina Mat Sa’at, Sharizan Ahmad, Rozlaily Zainol, Sebrina Shahniza Saiin dan Salmiah Mahnoon

Ringkasan

Empat titisan tomato tulen (No. 3, No. 32, No. 8 dan No. 9) bersama empat varieti kawalan (MTI, MTII, PB5 dan GH5) dinilai bagi mengenal pasti tomato yang sesuai ditanam di kawasan tanah rendah di dua plot uji kaji MARDI Serdang dan Jalan Kebun. Kajian ini dilakukan berdasarkan empat replikasi menggunakan reka bentuk eksperimen rawak lengkap (RCBD). Data keseluruhan purata berat, saiz, warna, TSS dan kesan penyakit layu bakteria direkod. Keputusan menunjukkan bahawa hasil keseluruhan, purata berat, panjang dan lebar buah berbeza secara signifikan. Dari segi prestasi tanaman, dua varieti kawalan menunjukkan sifat rentan (PB5 dan GB5), empat bersifat sederhana toleran (MTII, No. 3, No. 8 dan No. 9) dan dua menunjukkan insiden penyakit layu bakteria yang rendah iaitu MTI dan No. 32. Titisan tomato No. 32 ini akan dinilai pada penilaian berskala besar bagi mengenal pasti potensi untuk digunakan sebagai tomato tanaman tanah rendah.

Teks Penuh (291 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.