Bahan pembungkus makanan aktif

Category: Bil. 10 (2016)

Siah Watt Moey, Aminah Abdullah dan Ishak Ahmad

Ringkasan

Filem pembungkus makanan boleh dimakan telah dibangunkan daripada rumpai laut tempatan dan minyak pati kayu manis melalui kaedah tuangan. Filem yang dicampur dengan minyak pati kayu manis menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap jenis mikroorganisma yang diuji dengan menggunakan kaedah resapan cakera. Peningkatan kepekatan minyak pati dalam filem yang dihasilkan memberi kesan antimikrob yang lebih baik. Hasil kajian mendapati bahawa kepekatan minyak pati kayu manis yang paling optimum untuk dimasukkan ke dalam formulasi adalah pada 3% dan 4%. Oleh kerana minyak pati kayu manis berupaya merencat pertumbuhan mikroorganisma, maka ia sesuai digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi dalam industri pembungkusan makanan.

Teks Penuh (238 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.