Manipulasi kambing Katjang bagi menjamin kelestarian industri ruminan kecil di Malaysia

Written by Mahani

Mohamad Hifzan Rosali, Nor Amna A’liah Mohammad Nor, Izuan Bahtiar Ab Jalal, Amie Marini Abu Bakar dan Mohd Hafiz Abd Wahab

Ringkasan

Baka kambing kacukan Katjang x Boer berpotensi sebagai baka kambing alternatif dalam senario industri kambing tempatan. Kambing kacukan antara Katjang dan Boer sangat sesuai diternak dalam persekitaran Malaysia sama ada dalam sistem intensif mahupun separa intensif. Purata kadar kebuntingan ialah 90%, kadar kelahiran kembar boleh mencapai 42% pada setiap musim kelahiran manakala peratus kelahiran pula boleh mencecah 124%. Induk betina kambing hasil kacukan Katjang x Boer mempunyai sifat keibuan yang baik serta mampu menghasilkan susu yang mencukupi bagi menampung anak kembar. Purata kadar kenaikan berat badan baka ini boleh mencapai 100 – 130 g sehari. Berat kambing jantan hasil kacukan Katjang x Boer ialah 45 – 52 kg pada umur dua tahun iaitu berat yang memenuhi syarat permintaan pasaran domestik tempatan. Peratus pemotongan karkas kambing hasil kacukan Katjang x Boer ialah 50.2%. Daging baka kambing ini juga mempunyai kandungan lemak yang rendah serta kurang berbau berbanding dengan kambing Katjang tulen.

Teks Penuh (628 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.