Formulasi makanan terumus untuk ibu dan anak kambing – Prestasi dan potensinya di Malaysia

Written by Mahani

Predith Michael, Mohamad Hifzan Rosali dan Izuan Bahtiar Ab Jalal

Ringkasan

Nutrisi adalah faktor utama dalam ternakan yang merangkumi hampir 70% daripada kos pengeluaran. Masalah utama ladang pembiak baka komersial adalah untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk penghasilan baka pada kos yang optimum. MARDI telah menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan makanan terumus dengan mengambil kira faktor keperluan nutrien, cuaca iklim tropika serta kualiti rumput yang rendah kualitinya. Anak kambing generasi F1 Katjang x Boer mampu mencapai berat sapih 13.15 kg (jantan) dan 12.17 kg (betina) dengan pemberian makanan krib tanpa had. Dengan pemberian makanan terumus ibu, berat sapih anak kambing generasi F2 Katjang x Boer mampu mencapai 14.79 kg. Makanan terumus krib mampu mencapai keperluan tenaga dan protein untuk meningkatkan berat sapih dan mengurangkan risiko kematian selepas sapih. Makanan krib juga mengurangkan kebergantungan terhadap susu ibu bagi membolehkan berat badan ibu pulih lebih cepat untuk musim pembiakan seterusnya. Pemberian makanan terumus ibu mampu meningkatkan berat sapih dengan penghasilan susu yang mencukupi disebabkan anak kambing tidak mampu makan makanan pepejal untuk empat minggu pertama. Makanan terumus mampu meningkatkan prestasi kambing pada kadar kos yang optimum untuk menghasilkan baka yang bermutu tinggi.

Teks Penuh (618 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.