Penghasilan asid kojik daripada dedak beras menggunakan spesies Aspergillus

Written by Mahani

Nur Yuhasliza Abd Rashid, Dang Lelamurni Abd Razak, Amsal Abd Ghani, Anisah Jamaluddin, Ainur Zunira Md Saad, Muhamad Juma’at Jonit dan Musaalbakri Abd Manan

Ringkasan

Tiga kultur pemula berbeza daripada koleksi kultur pemula makanan berfungsi (CFFC) MARDI, spesies Aspergillus iaitu Aspergillus oryzae, Aspergillus rouxii dan Aspergillus niger telah disaring untuk menilai keupayaan dalam penghasilan asid kojik menggunakan dedak beras sebagai substrat. Dedak beras kaya dengan karbohidrat dan boleh digunakan sebagai sumber karbon untuk penghasilan asid kojik. Enzim ?-amilase yang dirembeskan oleh kulat berperanan memecahkan karbohidrat kepada gula ringkas (glukosa) untuk pertumbuhan kulat. Namun demikian, glukosa bukan sahaja digunakan sebagai sumber karbon untuk pembentukan biomas, tetapi juga digunakan sebagai bentuk awal dalam sintesis asid kojik. Antara tiga kultur pemula yang dikaji, fermentasi dengan menggunakan A. oryzae menunjukkan pertumbuhan yang paling baik ke atas dedak beras dan aktiviti amilase paling tinggi untuk menghasilkan gula ringkas yang akan memberikan kepekatan asid kojik yang tinggi. Asid kojik mempunyai pelbagai aplikasi dalam industri dengan permintaan yang meningkat saban tahun daripada industri yang berkaitan seperti kosmeseutikal/nutraseutikal sebagai bioingredien untuk produk pemutih kulit dan dalam industri makanan sebagai bahan antiseptik untuk menghalang pembentukan warna coklat semasa penyimpanan produk makanan. Proses optimisasi fermentasi akan dijalankan dengan menggunakan kultur pemula A. oryzae ke atas dedak beras yang merupakan sumber karbon yang murah bagi penghasilan asid kojik yang lebih tinggi.

Teks Penuh (572 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.