Pemprosesan pulpa kuini sejuk beku

Written by Mahani

Saiful Bahri Sa’ari, Kasmah Mohamad, Mohd Effendi Mohamad Nor, Norra Ismail, Nor Zalina Mat Saad, Zul Helmey Mohamad Sabdin, Hadijah Hassan, Mohd Shukri Mat Ali dan Mohd Fakhri
Hashim

Ringkasan

Pemprosesan pulpa kuini sejuk beku merupakan satu kaedah yang mudah untuk mengawet buah kuini yang mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek pada suhu bilik. Pulpa kuini dihasilkan melalui prarawatan pengukusan menggunakan stim selama 10 minit dan seterusnya produk akan dipasteur pada suhu 85 °C selama dua minit sebelum dibungkus menggunakan bahan pembungkus Al/PE. Pulpa kuini ini seterusnya akan disimpan pada suhu sejuk beku (–18 °C) atau lebih rendah sehingga setahun atau lebih untuk mengekalkan mutu serta menjamin keselamatan produk. Di samping itu, kawalan kebersihan dan sanitasi adalah penting bagi mengelakkan kerosakan produk yang akan menjejaskan keselamatan produk di samping menjamin kualiti produk semasa penyimpanan. Penggunaan pulpa kuini juga boleh diperluaskan lagi kerana pulpa kuini mempunyai warna dan aroma yang menarik di samping khasiat yang tersendiri.

Teks penuh (699 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.