MARDI Sempadan 303 – Varieti padi baharu MARDI

Category: Bil. 17
Published Date Written by Mahani

Elixon Sunian, Mohd Solihen Jamal, Shamsul Amri Saidon, Mohd Bahagia Abdul Ghaffar, Amirudin Mokhtar, Rahiniza Kamarruzzaman, Asfaliza Ramli, Kogeethavani Ramachandran, Dilipkumar Masilamany, Siti Norsuha Misman, Mohd Fitri Masarudin, Maisarah Mohd Saad, Mohd Naim Fadzli Abd Rani, Shajarutulwardah Mohd Yusob, Erwan Shah Shaari, Nur Atiqah Mohd Khari dan Wahid Said

Ringkasan

MARDI Sempadan 303 dihasilkan melalui kacukan antara induk padi MR 256 × MR 253 dan proses pembangunannya telah mengambil masa selama 25 musim dengan kacukan dimulakan pada musim utama 2005/2006 sehingga diuji pada percubaan penentusahan setempat (LVT) pada musim utama 2017/2018. Varieti ini matang sekitar 104 – 106 hari dan dikategorikan sebagai varieti matang awal. Berdasarkan kepada keputusan semasa di peringkat percubaan LVT bersama petani, MARDI Sempadan 303 berpotensi mencapai hasil sehingga 10 t/ha. Varieti ini juga stabil dan kurang sensitif kepada persekitaran yang memberikan kelebihan untuk meningkatkan produktiviti di kawasan sawah sederhana subur. Selain itu, MARDI Sempadan 303 berkelebihan kerana rintang kepada karah daun serta sederhana rintang kepada karah tangkai dan benah perang. Berasnya dalam kategori beras panjang dan tirus yang sesuai untuk keperluan pasaran tempatan. Peratusan kandungan amilosa adalah sederhana dan mempunyai pemanjangan gel konsistensi yang medium memberikan ciri nasi yang lembut dan kualiti setara dengan MR 263. Berdasarkan kepada kelebihan tersebut, MARDI Sempadan 303 mampu memberikan pulangan yang baik serta mempelbagaikan lagi pilihan varieti yang boleh ditanam oleh petani di Malaysia.

Teks penuh (476 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.