Varieti toleran banjir antara germplasma padi berpotensi di Bank Gen Padi Kebangsaan, MARDI Seberang Perai

Written by Mahani

Site Noorzuraini Abd Rahman, Fauzi Jumat, Latefi Mahmud, Mohamad Rodzi Shafiee dan Muhammad Hafiz Md Shukri

Ringkasan

Kajian adaptasi padi kepada keadaan banjir diistilahkan kepada dua keadaan iaitu banjir kilat (flash flood) dan terendam air dalam (deepwater flooding). Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti aksesi padi yang mempunyai sifat ketahanan terhadap banjir dengan ciri-ciri gen SUB1. Sejumlah 35 aksesi padi dipilih dan pemilihan varieti berdasarkan kepada negara asalnya yang mempunyai risiko banjir. Kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan untuk tinggi pokok dan jumlah anak dalam keadaan banjir. Varieti dengan ketinggian pokok maksimum dan minimum dalam keadaan banjir ialah Goda Heenati (123.5 cm) dan Biplab (79.65 cm). Keseluruhan varieti yang disaring menunjukkan bacaan SPAD yang tinggi dalam keadaan banjir berbanding dengan keadaan normal. Bacaan SPAD yang tertinggi ditunjukkan pada varieti Dinorado diikuti dengan varieti Byatgele dengan bacaan masing-masing ialah 47.0 dan 45.6. Keputusan dendrogram menunjukkan sejumlah lima varieti padi mempunyai perkaitan rapat dengan FR13A. Varieti padi tersebut ialah Kinandang Patong (Filipina), Leter (Indonesia), Soc Nam (Vietnam), serta Sona dan Ratnagire (India). Varieti-varieti ini mempunyai potensi untuk kajian lanjut bagi pembangunan varieti tahan banjir. 

Teks Penuh (654 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.