Mesin pembuka kelapa muda mudah alih

Yahya Sahari, Mohd Shahrir Azizan, Rohazrin Abdul Rani, Sha’fie Alwi, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Muhammad Aliq Jamaluddin, Mohd Khairul Hafifi Maidin, Azman Hamzah dan Zolkafli Aris

Ringkasan

Inovasi mesin pembuka kelapa muda yang dibangunkan ini membolehkan operasi mengumpul air dan membelah buah kelapa muda dikendalikan dengan cara yang lebih sistematik, selamat dan bersih. Konsep operasi ala kiosk yang menggunakan sistem hidraulik ini dapat menyelesaikan masalah penggunaan tenaga mahir, keadaan kawasan kerja yang kotor dan operasi yang tidak selamat. Mesin ini juga sesuai diguna pakai di premis makanan, restoran, hotel dan juga pasar raya. Selain mesra pengguna, mesin ini juga terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang dihasilkan. Penggunaan mesin ini juga mampu memberi nilai tambah kepada industri kelapa muda seterusnya memberi pilihan yang lebih kepada usahawan yang ingin menceburkan diri dalam industri ini.

Teks Penuh (261 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.