Teknik pantas penentuan indeks perataan tanah untuk pengeluaran padi

Mohd Zamri Khairi Abdullah, Ramlan Ismail, Muhammad Taufik Ahmad dan Badril Abu Bakar

Ringkasan

Pengurusan variabiliti kerataan tanah amat penting dalam bidang  pertanian tepat. Penyediaan tanah sawah sebelum proses menabur benih  adalah perkara yang amat kritikal dan merupakan langkah pertama  dalam proses penanaman padi. Kawasan tanah sawah yang tidak  rata menyebabkan masalah kepada pengairan dan boleh menjejaskan  pertumbuhan tanaman dan hasilnya. Penggunaan sistem penentuan  perataan tanah secara automatik dapat menyelesaikan masalah ini  dan mengurangkan masa untuk menabur benih padi. Sistem ini  menggunakan modul pemprosesan dan paparan FMX, modul Pengukur  Lapangan II, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan pembetulan stesen  Rujukan Masa Hakiki (“Real Time Kinematic”, RTK) yang dibuat oleh  Trimble. Semasa kerja penentuan indeks perataan tanah dilakukan,  penerima GPS Trimble dipasang di atas bajak putar manakala modul  pemprosesan dan paparan dipasang di atas traktor. Penentuan indeks  perataan tanah dilakukan semasa peringkat rotor yang terakhir. Proses  mengambil data indeks perataan tanah dilakukan serentak dengan  kerja penyediaan tanah dan ini dapat meminimumkan masa dan kos  buruh. Data yang telah diambil diproses dengan menggunakan perisian  daripada sumber terbuka iaitu sistem maklumat geografi (QGIS) untuk  menentukan indeks perataan.

Teks Penuh (237 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.