Kaedah penentuan sebatian kimia fukoxantin dalam serbuk rumpai laut perang

Hasnisa Hashim, Tun Nurbrillinda Mokhtar, Sharizan Ahmad dan Norra Ismail

Ringkasan

Rumpai laut kaya dengan pigmen warna yang terdiri daripada komponen aktif yang bertindak sebagai bahan antioksida. Antara komponen aktif rumpai laut ialah fukoxantin yang mempunyai kesan farmakologi terhadap kesihatan manusia. Fukoxantin adalah sejenis karotenoid yang terdapat secara semula jadi dalam rumpai laut perang yang boleh dimakan seperti Sargassum muticum. Pengekstrakan pigmen dijalankan menggunakan pelarut polar dan pigmen boleh dianalisis menggunakan teknik kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) dan spektrofotometri pada jarak gelombang tertentu. Kaedah HPLC merupakan satu kaedah yang cepat dan jitu bagi penentuan fukoxantin secara kualitatif dan kuantitatif. Manakala kaedah spektrofotometri juga dapat menentukan kandungan fukoxantin secara kualitatif dan kuantitatif dengan mudah dan pantas. Namun, kaedah ini kurang jitu berbanding dengan kaedah HPLC. Kaedah ini sesuai digunakan bagi tujuan penyaringan komponen dalam kuantiti sampel yang banyak. 

Teks Penuh (310 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.