Pembangunan sistem pengendalian dan pengawetan ubi keledek VitAto

Ishak Hashim, Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Yahya Sahari dan Azman Hamzah

Ringkasan

MARDI telah menjalankan kajian terhadap ubi keledek dan telah berjaya menghasilkan varieti ubi keledek yang dinamakan VitAto. Permintaan yang tinggi terhadap VitAto menyumbang kepada keperluan untuk memelihara kualiti supaya fizikal dan kandungan nutrien yang tinggi dalam ubi keledek ini dapat dikekalkan. Bagi mengatasi permasalahan ini, maka keledek VitAto perlu dirawat (curing) segera selepas dituai tanpa basuhan. Objektif pembangunan sistem pengendalian dan pengawetan ubi keledek VitAto adalah untuk mendapatkan persekitaran terkawal (control enviroment) berdasarkan kepada parameter suhu dan kelembapan bandingan udara yang ditetapkan bagi merawat ubi kledek yang tercedera semasa penuaian dan pengendalian di peringkat ladang supaya jangka hayat penyimpanan dan pemeliharaan kualiti ubi keledek VitAto dapat ditingkatkan. Pembangunan sistem ini merangkumi dua bahagian iaitu struktur bilik dan mekanisme kawalan suhu dan kelembapan udara di dalam bilik sistem ini adalah merupakan satu inovasi teknologi baru dan sesuai untuk menggantikan kaedah konvensional untuk pengawetan dan peyimpanan ubi keledek kerana pengendaliannya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi kerana pemantauan persekitaran dalam bilik semasa proses pengawetan dikawal secara automatik sepenuhnya. Beberapa siri ujian tanpa beban dan ujian pengawetan keledek VitAto telah dilakukan untuk menilai kemampuan sistem pengendalian dan pengawetan ubi keledek VitAto. Hasil ujian menunjukkan sistem ini mampu beroperasi tanpa henti untuk tempoh tujuh hari di samping dapat mengawal suhu dan kelembapan bandingan udara di dalam bilik pengawetan dan peyimpanan masing-masing pada julat 30 – 31.5 °C dan 90 – 95%. Daripada ujian pengawetan keledek juga menunjukkan sistem ini telah meningkatkan kualiti dari segi rawatan terhadap kecederaan, tekstur ubi dan kandungan kimianya. Justeru, dengan inovasi sistem pengendalian dan pengawetan ubi keledek VitAto mampu membantu petani, pengusaha dan industri yang berasaskan keledek khususnya semasa peringkat pegendalian lepas tuai untuk mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh hayat penyimpanan ubi.

Teks Penuh (355 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.