Jangkitan helmin pada baka kambing Katjang Hibrid

Mohd Azlan Pauzi, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Rosly Shaari, Predith Michael, Mohd Azlan Salehhudin dan Noor Athirah Mohd Azhan

Ringkasan

Kambing merupakan komoditi ternakan yang semakin mendapat perhatian di negara ini disebabkan permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, masalah kecacingan menyebabkan penternak mengalami kerugian kerana kadar kematian ternakan yang tinggi dan penambahan kos rawatan ternakan. Pemilihan baka yang sesuai adalah penting untuk mengatasi masalah ini. Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Sains Ternakan, MARDI telah dijalankan untuk mengkaji tahap jangkitan cacing terhadap baka kambing Katjang Hibrid dan Boer bawah sistem pengeluaran secara separa intensif. Keputusan menunjukkan tahap jangkitan terhadap kambing Katjang Hibrid adalah lebih rendah berbanding dengan kambing Boer.

Teks Penuh (258 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.