Penentuan komposisi dan kualiti susu di makmal

Nooraisyah Saharani, Tan Ying Ju dan Zul Hazwan Abd Aziz

Ringkasan

Susu merupakan makanan bergizi penuh khasiat untuk kesihatan tubuh. Komposisi susu terdiri daripada tenaga, air, karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Setiap komponen ini memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh dan mempunyai manfaat yang tersendiri. Komposisi susu boleh ditentukan dengan mesin Milkoscan FT1 yang boleh dilakukan di makmal. Penentuan kualiti susu adalah penting untuk menentukan tahap kebersihan dan keselamatan susu untuk pengguna. Terdapat dua kaedah dalam menentukan kualiti susu iaitu melalui analisis Somatic Cell Count (SCC) dan Total Plate Count (TPC). Kedua-dua analisis ini dapat menentukan kadar inflamasi radang ambing sama ada subklinikal atau klinikal pada ternakan dan juga memberi gambaran tentang kebersihan ladang dan pengendalian perahan susu. Tanda aras yang baik untuk kiraan sel somatik adalah kurang daripada 200,000 sel/ml bagi analisis SCC manakala bacaan bilangan bakteria sebanyak 100,000 cfu/ml atau ke bawah bagi analisis TPC adalah diterima di dalam pusat pengumpulan susu di seluruh Malaysia.

Teks Penuh (576 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.