Teknik pengekstrakan dan penentuan kandungan bromelin dalam nanas dan produk berasaskannya

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Wan Nurzahidah Wan Zainon, Hadijah Hassan, Joanna Cho Lee Ying dan Razali Mustaffa

Ringkasan

Bromelin merupakan sebatian enzim semula jadi utama yang boleh ditemui secara meluas di dalam nanas yang merupakan sebatian berfungsi yang mampu meningkatkan kualiti kesihatan manusia. Bagi tujuan pengekstrakan, sampel nanas ataupun produk berasaskan nanas perlu disediakan dalam bentuk cecair. Ia kemudian ditambah dengan larutan buffer sodium asetat pada nisbah 1:1 dan campuran kemudiannya ditapis. Hasil tapisan kemudiannya disentrifus pada kelajuan 6,000 rpm selama 20 minit. Mendakan yang terhasil daripada proses ini mengandungi sebatian enzim bromelin yang kemudiannya dianalisis. Analisis sebatian enzim bromelin ini boleh dilakukan sama ada melibatkan tindak balas kimia ataupun tanpa tindak balas kimia. Bagi analisis melibatkan tindak balas kimia, dua reagen kimia utama yang dikenali sebagai larutan alkaline copper sulphate dan reagen Folin-Cioalteu digunakan. Manakala dalam analisis tanpa tindak balas kimia pula, melibatkan penggunaan peralatan High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Kedua-dua teknik analisis ini mempunyai kelebihan masing-masing. Kebiasaannya, analisis menggunakan tindak balas kimia melibatkan kos yang rendah dan keputusan yang pantas. Manakala bagi analisis tanpa tindak balas kimia akan menghasilkan data yang tepat dan jitu.

Teks Penuh (638 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.