Pembangunan formulasi makanan akuakultur tilapia merah berkos kompetitif oleh MARDI: Suatu penilaian ekonomi

Mohd Syauqi Nazmi, Farahiyah Ilyana Jamaludin, Yong Su Ting, Nor Maisarah Rameli, dan Che Nurul Akmal Che Mohamad

Ringkasan

Sektor perikanan telah memainkan peranannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada sumber protein yang ekonomik kepada rakyat dan dalam masa yang sama telah menyumbang sebanyak 1.37% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016. Kos makanan sahaja telah menyumbang 60 – 70% daripada kos operasi keseluruhan ternakan ikan tilapia merah yang mana harga makanan berformula import yang mahal dan tidak menentu merupakan halangan utama kepada penternak. Melihat kepada permasalahan tersebut, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan (DOF) telah menjalankan penyelidikan berkaitan penggunaan bahan alternatif bagi menggantikan sumber protein utama yang mahal seperti tepung ikan di dalam formulasi makanan ikan. Memformulasi makanan akuakultur menggunakan bahan mentah tempatan yang lebih murah dan dijangka dapat membantu penternak mengurangkan kos pengeluaran ikan tilapia merah sehingga 15 – 30%. Sebanyak 15 bahan mentah telah dikenal pasti untuk diformulasikan sebagai pelet makanan akuakultur. Terdapat penjimatan ke atas teknologi formulasi makanan ikan tilapia merah berasaskan sumber bahan mentah tempatan yang dibangunkan oleh MARDI sebanyak RM19.80/beg ataupun 30% berbanding dengan makanan komersial. Melalui ujian pemakanan yang dijalankan mendapati, ikan tilapia yang diberi makan formulasi makanan akuakultur MARDI memiliki berat purata kurang 20 g berbanding dengan makanan komersial, manakala peratusan kadar kematian bagi kedua-dua ujian ini adalah sama iaitu 5%.

Teks penuh (747 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.