Kaedah mudah penentuan likopena dalam penyaringan buah-buahan tempatan terpilih

Hasnisa Hashim, Mohamed Nazim Anvarali, Syahida Maarof dan Hadijah Hassan

Ringkasan

Penentuan likopena dalam buah-buahan tempatan dan juga sampel makanan/minuman boleh dilaksanakan menggunakan teknik spektrofotometri dengan mudah dan pantas. Kaedah ini sesuai digunakan bagi tujuan penyaringan jumlah kandungan likopena (total lycopene content) dalam kuantiti sampel yang banyak. Beberapa jenis buah tempatan diproses kepada pulpa buah dan kandungan likopena diekstrak menggunakan pelarut heksana:aseton:etanol (2:1:1 v/v/v). Seterusnya kandungan likopena ditentukan menggunakan Spectro UV-Vis Double Beam PC Scanning Spectrophotometer (Model UVD-2950; Labomed, USA) pada jarak gelombang 503 nm. Ujian saringan yang dijalankan menunjukkan tembikai mengandungi likopena tertinggi berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain.

Teks Penuh (252 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.