Teknik analisis sebatian kimia fitosterol bagi sampel pertanian dan produk makanan

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Tun Norbrillinda Mokhtar dan Faridah Hussin

Ringkasan

Kewujudan sebatian kimia fitosterol dalam sampel pertanian dan produk makanan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair boleh ditentukan melalui proses pengekstrakan dan analisis menggunakan peralatan kromatografi gas spektrometri jisim (GCMS). Bagi sampel pepejal, sebatian kimia fitosterol boleh diekstrak secara terus melalui teknik rendaman menggunakan pelarut kloroform selama 72 jam pada suhu bilik (25 oC). Manakala untuk sampel cecair, ia perlu melalui proses pemisahan cecaircecair. Dalam proses ini, campuran kloroform, metanol dan air pada nisbah 1:1:1 perlu dimasukkan ke dalam sampel. Campuran kompleks ini kemudiannya dimasukkan ke dalam corong pemisah dan dibiarkan selama 10 minit. Seterusnya, lapisan bawah diasingkan bagi tujuan analisis sebatian kimia fitosterol menggunakan peralatan kromatografi gas spektrometri jisim (GCMS). Kebiasaannya empat sebatian fitosterol utama dikenali sebagai kampesterol, stigmasterol, beta-sitosterol dan stigmastanol dapat dikesan di dalam sampel pertanian dan produk makanan. Hasil kajian menunjukkan, stigmasterol dan beta-sitosterol boleh ditemui wujud secara lebih meluas dalam sumber pertanian dan produk berasaskannya.

Teks Penuh (1055 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.