Teknologi perapi tanah arang bio sekam padi bagi pengurusan tanah bermasalah dan pengeluaran tanaman yang lestari

Theeba Manickam, Illani Zuraihah Ibrahim, Nor Syahidah Md Sam dan Norziana Zin Zawawi

Ringkasan

Arang bio sekam padi (ABSP) adalah hasil sampingan utama dari kilang pemprosesan padi, terdapat dalam kuantiti yang banyak dan berkos rendah. Arang bio sekam padi mampu meningkatkan pertumbuhan tanaman dan hasil apabila digunakan sebagai perapi tanah atau baja kerana mengandungi sifat kimia-fizik yang sesuai untuk menambah baik sifat tanah. Teknologi perapi tanah berasaskan ABSP dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di MARDI untuk meningkatkan penggunaan semula sisa industri untuk kelestarian hasil pertanian dan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan tahap kesuburan tanah dari segi pH, KPK dan porositi tanah meningkat dengan penggunaan ABSP pada kadar 5 – 19 t/ha mengikut jenis tanah. Untuk tanah lom berpasir yang ditanam dengan tomato, timun dan kubis, kadar penggunaan ABSP pada 5 t/ha mampu meningkatkan kadar KPK tanah sebanyak 2.2 – 4% dan porositi 4 – 5.6% selepas dua musim penanaman. Kadar pH tanah didapati meningkat daripada nilai pH asal 5.1 kepada pH 5.9 – 6.2. Penambahan ABSP pada kadar 18 t/ha mampu meningkatkan pH tanah daripada 3.3 kepada 4.5. Keputusan kajian juga mendapati penambahan ABSP pada kadar 9 t/ha mampu meningkatkan KPK tanah sebanyak 3% dan kadarpegangan air sebanyak 9% selepas dua musim penanaman bagi tanaman jagung. Keputusan hasil pengeluaran tanaman juga mempunyai kaitan yang positif dengan peningkatan kesuburan tanah. Potensi penggunaan ABSP sebagai perapi tanah menunjukkan keberkesanan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan juga pengeluaran hasil khasnya penanaman di tanah bermasalah. Dalam jangka masa panjang, penggunaan ABSB sebagai perapi tanah mampu mengurangkan jumlah aplikasi baja kepada tanaman dan boleh menjamin pengeluaran tanaman yang lestari.

Teks Penuh (408 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.