Penggunaan teknologi lisimeter dalam kajian mobiliti cecair larut lesap dalam profil tanah di MARDI

Wan Abdullah Wan Yusoff, Noor Haslizawati Abu Bakar dan Muhammad Syahren Adzahar

Ringkasan

Teknologi lisimeter di MARDI telah digunakan sejak 50 tahun dahulu sehingga kini dalam pelbagai kajian termasuk sains tanaman, mobiliti cecair larut lesap, pembebasan gas rumah kaca daripada tanah dan sistem pengairan. Lisimeter ringkas yang menggunakan tanah terganggu dan ditempatkan di atas permukaan tanah merupakan antara lisimeter yang paling banyak digunakan dalam penyelidikan di MARDI. Namun begitu, kaedah ini mengambil masa yang agak lama untuk tanah terganggu tersebut mencapai keseimbangan dan kembali kepada keadaan asal. Penggunaan lisimeter di bawah struktur pelindung hujan dapat menghasilkan persekitaran yang lebih terkawal untuk pertumbuhan tanaman dan pengukuran cecair larut lesap. Penggunaan lisimeter adalah penting kerana ia mewakili keadaan pertengahan antara kaedah kolum larut lesap di makmal dengan keadaan sebenar di lapangan.

Teks Penuh (1 MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.