Penghasilan vermikompos diperkaya dari sumber sisa sayuran dan pemangkasan Gliricidia sepium dan Moringa oleifera dari Kompleks Ladang Organik Bersepadu MARDI Serdang

Intan Nadhirah Masri, Noor Haslizawati Abu Bakar dan Mohamed Hafeifi Basir

Ringkasan

Vermikompos diperkaya (EV) merupakan sejenis produk yang dihasilkan melalui campuran vermikompos bersama bahan-bahan lain yang mampu meningkatkan kandungan nutriennya. Kaedah biasa bagi memperkaya vermikompos adalah melalui campuran bahan-bahan seperti mineral dan mikroorganisma efektif (EM). Namun begitu, kaedah ini memerlukan kos tambahan kerana bahan-bahan campuran perlu dibeli. Kaedah yang murah dan mudah berkonsepkan pengurusan sisa sifar telah dihasilkan melalui penyelidikan yang dijalankan di Kompleks Ladang Organik Bersepadu MARDI Serdang, Selangor. Kaedah ini menggunakan sisa sayuran, daun G. sepium dan M. oleifera sebagai sumber makanan kepada cacing di mana kandungan nutrien dan kualiti vermikompos yang dihasilkan adalah jauh lebih baik daripada vermikompos komersial yang berada di pasaran.

Teks Penuh (334 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.