Penghasilan dan penggunaan mil ofal ayam di dalam makanan ikan: sumber alternatif protein tempatan

Farahiyah Ilyana Jamaludin dan Mardhati Mohammad

Ringkasan

Akuakultur merupakan salah satu industri penghasilan makanan yang semakin meningkat kadar pengeluarannya. Penternakan ikan adalah salah satu komoditi dalam akuakultur yang kian mendapat tempat dan merupakan antara sumber protein utama negara. Dengan peningkatan terhadap pengeluaran ikan ini, secara tidak langsung akan menambah lagi permintaan terhadap penghasilan makanan ikan bagi menampung perkembangan industri ini. Umum sedia maklum bahawa kos makanan merupakan kos operasi terbesar penternakan ikan yang kebiasaannya mencapai 70 – 80% daripada jumlah keseluruhan kos operasi. Kos makanan ikan yang tinggi adalah disebabkan kebergantungan kepada sumber bahan mentah import. Bahan mentah tempatan yang mempunyai kandungan nutrisi yang baik seperti bahan sampingan daripada sisa pemprosesan poltri mempunyai potensi menggantikan bahan mentah import. Ini kerana kandungan protein dan asid amino yang mencukupi dan setanding dengan mil ikan dan mil kacang soya.

Teks Penuh (1378 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.