Pencilan Trichoderma 1614: Agen pengurusan sisa pertanian yang efektif

Tosiah Sadi, Mohammad Hariz Abdul Rahman dan Nurul Ain Abu Bakar

Ringkasan

Malaysia menghasilkan sejumlah 168 juta tan biojisim setahun yang terdiri daripada sisa pertanian dan makanan. Pereputan secara semula jadi biojisim ini biasanya mengambil masa yang lama. Sisa tanaman yang dibawa keluar dari kawasan pertanian pula akan menyebabkan tanah kehilangan nutrien. Pada masa yang sama, kulat Trichoderma dikatakan mempunyai pelbagai fungsi yang baik, antaranya adalah untuk pereputan sisa pertanian. Kajian telah dijalankan untuk mencari Trichoderma yang sesuai digunakan sebagai agen pengomposan. Sejumlah 102 pencilan Trichoderma telah diasingkan daripada jerami dan ricihan kayu-kayan. Daripada 102 pencilan yang telah diasingkan, 13 telah diuji untuk kebolehan penghasilan enzim mannanase, sellulase serta xylanase dan keupayaannya mereputkan jerami padi di makmal. Berdasarkan kebolehan menghasilkan enzim dan ciri-ciri pertumbuhan yang stabil (morfologi tidak berubah-ubah di atas medium pertumbuhan), pencilan Trichoderma 1614 telah dipilih dan kajian seterusnya menunjukkan ia boleh mempercepatkan pengomposan sehingga 24 hari lebih awal berbanding dengan kawalan. Pencilan Trichoderma 1614 juga mempunyai potensi untuk mengawal patogen tanaman seperti Lasiodiplodia theobromae dan Colletotrichum gloeosporioide dengan perencatan masing-masing ialah 72% dan 46%. Teknik fermentasi pepejal didapati sesuai untuk penghasilan pencilan kulat ini secara pukal.

Teks Penuh (2 MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.