Penentuan nilai indeks glisemik anggaran (eGI) secara in vitro bagi beras perang kukus

Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin, Syahida Maarof dan Nur Intan Farina Sawal

Ringkasan

Penentuan indeks glisemik (GI) dalam sampel makanan boleh dilaksanakan secara in vivo dan in vitro. Kaedah secara in vitro yang melibatkan proses penguraian kanji kepada glukosa menggunakan enzim ?-amilase dan amyloglucosidase boleh dilakukan di makmal dan hanya memerlukan jumlah sampel yang sedikit dengan kos yang lebih rendah dibandingkan dengan kaedah in vivo yang melibatkan kajian terhadap manusia pada kos yang lebih tinggi. Pengiraan nilai indeks glisemik anggaran (eGI) pula menggunakan persamaan aras pertama yang telah dibangunkan oleh Goni et al (1997). Kajian ini dijalankan untuk menentukan indeks glisemik anggaran bagi sampel beras perang kukus. Kebanyakan beras perang dilaporkan mempunyai nilai GI yang rendah (?55). Bagaimanapun didapati beras perang kukus mempunyai indeks glisemik 68 iaitu dalam kategori sederhana. Proses pengukusan yang dilakukan didapati telah mengubah struktur dalaman kanji yang terdapat di dalam beras menyebabkan ia lebih mudah dihadam berbanding dengan beras perang yang tidak dikukus. Nilai eGI ini dapat membantu dalam proses awal pembangunan sesuatu produk makanan seperti pemilihan dan penyaringan bahan mentah di samping penentuan formulasi yang bersesuaian dan diterima pengguna. Bagaimanapun, penentuan secara in vivo perlu dilakukan untuk pengesahan nilai indeks glisemik yang lebih tepat di samping memenuhi kehendak perlabelan seperti yang terkandung dalam Akta Makanan 1983.

Teks Penuh (612 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.