Penentuan kandungan asid organik dalam madu kelulut daripada sumber bunga dan spesies yang berbeza

Sharina Shamsudin, Jinap Selamat, Maimunah Sanny, Nuzul Noorahya Jambari, Shamsul Bahari Abd. Razak dan Alfi Khatib

Ringkasan

Madu kelulut merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi lebih daripada 200 komponen termasuklah asid organik. Asid organik boleh mempengaruhi ciri organoleptik, fizikal, kimia, aktiviti antibakteria dan aktiviti antioksidan madu. Oleh itu, dalam kajian ini, enam sampel madu kelulut daripada tiga sumber bunga berbeza (akasia, belimbing dan gelam) yang dihasilkan oleh Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica dikaji untuk menentukan kandungan asid organik serta untuk menilai pengaruh sumber bunga dan spesies ke atas kandungan asid organik. Empat asid organik (glukonik, laktik, asetik dan sitrik) berjaya dikesan dalam semua sampel madu kelulut. Asid glukonik (0.07 – 1.48 g/kg madu) dikesan paling tinggi dalam semua sampel madu kelulut berbanding dengan asid organik yang lain kecuali dalam madu akasia dan belimbing daripada G. thoracica dan madu belimbing daripada H. itama. Jenis dan kandungan asid organik dalam madu berbeza bergantung kepada sumber bunga dan spesies kelulut.

Teks Penuh (306 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.