Pengurusan agronomi padi tradisional di Batang Lupar, Sarawak

Zaki Musa, Ernie Suryati Mohamad Zain, Liza Nuriati Lim Kim Choo, Hassan Saji, Long Sidi, Azrul Syahriman Haironi, Shamsiah Sekot dan Jaraie Marali

Ringkasan

Penanaman varieti tradisional yang mempunyai tempoh matang yang panjang dan hasil yang rendah masih dijalankan dengan meluas di Sarawak. Tahap sara diri sekitar 50% antaranya disebabkan isu seperti kekurangan infrastruktur pengairan dan saliran, kemudahan mekanisasi dan kurang pendedahan terhadap teknologi terkini terutama penggunaan varieti moden yang mempunyai hasil lebih baik dengan umur matang singkat. Namun demikian, bagi membantu petani mengoptimumkan hasil daripada penanaman padi tradisional, pengurusan agronomi khusus untuk varieti ini adalah sangat diperlukan sementara penyelesaian komprehensif isu-isu tersebut dilaksanakan. Oleh yang demikian, amalan kultur dan pengurusan pembajaan bagi varieti tradisional, dengan menggunakan padi Mamut di Stumbin, Batang Lupar telah dijalankan. Daripada kajian tersebut, umur anak semai 30 hari dan tiga anak semai setiap poin penanaman dengan jarak tanaman 30 cm disyorkan bagi memastikan pengurusan tanaman yang lebih baik. Manakala bagi pembajaan pula, kadar keseluruhan NPK yang disyorkan ialah 64:84:57 kg N, P2O5 dan K2O/ha dengan empat pembahagian masa pembajaan pada 5, 50, 75 dan 100 hari selepas tanam (HLT). Ini bagi menjamin petani mampu memperoleh sekurang-kurangnya 3 t/ha hasil padi.

Teks Penuh (440 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.