Pengurusan faktor biologi di dalam kilang tanaman dengan pencahayaan buatan

Nur Adliza Baharom, Farah Huda Sjafni Suherman, Mohammad Abid Ahmad, Siti Aisyah Abdullah, Mohamed Hafeifi Basir, Nur Syafini Ghazali, Zulaikha Mazlan, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Zulhazmi Sayuti dan Farah Farhanah Haron

Ringkasan

Kilang tanaman adalah konsep terbaru dalam industri pertanian di Malaysia, di mana kini kita beralih daripada pertanian berasaskan tanah kepada pertanian di dalam bangunan. Kilang tanaman menggunakan pencahayaan buatan (plant factory with artificial lights) dan sistem pengeluaran tanaman secara tertutup (closed plant production systems) dapat menghasilkan tanaman berkualiti tinggi tanpa sebarang penggunaan racun perosak. Di MARDI, sebuah kilang tanaman berskala perintis telah dibina bagi menghasilkan sayur-sayuran dan herba yang bernilai tinggi. Kehadiran faktor biologi seperti alga, mikroorganisma dan serangga didapati boleh menyebabkan kualiti tanaman terjejas dan mengurangkan hasil pengeluaran. Oleh itu, Prosedur Standard Operasi (SOP) bagi pengurusan faktor biologi di kilang tanaman MARDI telah dibangunkan.

Teks Penuh (575 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.