Penyelidikan dan pembangunan industri florikultur di MARDI

Johari Sarip, Zulhazmi Sayuti dan Hanim Ahmad

Ringkasan

MARDI sentiasa memberi komitmen penuh dalam menjalankan aktiviti R&D untuk industri florikultur negara. Lebih 25 tahun penyelidikan melangkaui RMK-7 sehingga RMK-11 MARDI giat menjalankan penyelidikan meliputi bidang pembaikbakaan orkid, pengeluaran tanaman bunga keratan, tanaman natif untuk landskap, pengurusan perosak dan penyakit tanaman hiasan dan pengendalian lepas tuai bunga keratan untuk pasaran eksport. MARDI juga menjadi rujukan agensi yang terlibat dalam pembangunan industri florikultur dan landskap sehingga kini. Hubungan baik antara agensi bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang terlibat secara langsung dengan industri florikultur seperti MARDI, DOA, FAMA, MAQIS dan Agrobank telah menjalin hubungan kerjasama dengan Persatuan Pekebun Bunga melalui Malaysia Agro Networking (MAN). Jaringan kerjasama antara agensi dan persatuan ini telah dijalankan dengan mengadakan perbincangan mengenai hala tuju industri bunga-bungaan negara melalui beberapa siri pertemuan serta bertukar pandangan dalam pembangunan teknologi yang diperlukan dan juga pemindahan teknologi yang boleh membantu industri florikultur dalam meningkatkan pengeluaran produk untuk pasaran tempatan dan eksport.

Teks Penuh (871 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.