Kuini sebagai produk niche baharu dalam industri asas makanan

Hazniza Adnan, Zul Helmey Mohamad Sabdin, Hadijah Hassan dan Mohd. Shukri Mat Ali@Ibrahim

Ringkasan
Dalam lebih sedekad penyelidikan, MARDI telah berjaya membangunkan buah kuini (Mangifera odorata) berkualiti tinggi yang kaya dengan nilai nutrisi dan fitokimia bermanfaat. Kuini dan hasilan terfermentasinya telah menunjukkan ia sumber kepada fenolik dan kandungan antioksida yang berperanan dalam kesejahteraan kesihatan. Manfaat daripada fitokimia di dalam kuini menunjukkan buah kuini berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk niche baharu dalam industri asas tani. Kumpulan berfungsi sebatian di dalam kuini sesuai disasarkan kepada kumpulan terpilih seperti pesakit diabetik dan sebagai makanan tambahan kepada warga emas dan ahli sukan. Kajian awal juga mendapati aktiviti positif ke atas antibakteria telah menunjukkan kehadiran nilai propilaktik di dalam kuini. Maka, dengan kemajuan yang dicapai telah meletakkan kuini sebagai salah satu tanaman berdaya saing di pasaran dan produk berkaitan kesihatan niche baharu yang berpotensi pada masa terdekat.

Teks penuh (512KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.