Potensi ceri Terengganu bagi penghasilan minuman difermentasi menggunakan konsortium strain kombucha

Musaalbakri Abdul Manan, Ainur Zunira Md Saad, Nur Yuhasliza Abd. Rashid, Dang Lelamurni Abdul Razak, Mohd Izwan Mohd Lazim, Syahida Maarof, Khairunizah Hazila Khalid, Hadijah Hassan, Rawaida Rusli, Zul Helmey Mohamad Sabdin, Mohd Norfaizal Ghazali, Muhammad Shafie bin Md Sah, Khadijah Awang, Mohd Shukri Mat Ali@Ibrahim and Dr Rosliza Jajuli

Ringkasan
Dalam kajian ini, produk minuman berasaskan jus ceri Terengganu dihasilkan melalui satu proses yang dikenali sebagai proses fermentasi atau proses penapaian. Proses fermentasi ini menggunakan konsortium strain kombucha yang melibatkan lebih daripada satu mikroorganisma yang selamat. Mikroorganisma ini terdiri daripada yis dan kumpulan bakteria asid asetik dan kumpulan bakteria asid laktik. Buah ceri Terengganu akan diproses bagi menghasilkan jus. Jus ceri Terengganu akan dimaniskan dengan gula pasir, dipasteur untuk membunuh semua mikrob, disejukkan dan seterusnya diinokulasi dengan konsortium strain kombucha. Proses fermentasi akan dijalankan pada suhu 28 – 30 °C selama 21 hari. Proses ini dijalankan bawah teknik aseptik.

Teks penuh (1260KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.