Penilaian awalan prestasi varieti padi tradisional terhadap persekitaran banjir

Muhammad Shafie Md Sah, Noraziyah Abd. Aziz Samsudin, Ahmad Hafiz Baharom, Mohd Ikmal Asmuni, Mohamad Zulkiffely A Rahman dan Mohd Azhar HassanĀ 

Ringkasan
Sejak akhir-akhir ini, banjir menjadi salah satu tekanan abiotik utama yang mengancam kawasan penanaman padi di Malaysia. Padi memerlukan mekanisme pertahanan dan pemulihan yang mempunyai ciri-ciri toleran kepada banjir seperti pertumbuhan koleoptil (PK), kadar kemandirian hidup (KK), kadar pemanjangan daun (PD) dan ciri fizikal daun secara visual. Lokus ciri kuantitatif (QTL) Sub1 pada kromosom 9 dikenal pasti berperanan dalam mengawal ciri toleran banjir. Dalam kajian ini,
perbandingan terhadap 80 genotip padi tradisional dan dua varieti moden (MR219 dan MR284) dengan varieti toleran banjir IR64 Sub1 telah dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri tersebut. Genotip yang dikenal pasti mempunyai ciri-ciri toleran banjir turut disaring bagi pengesahan lokus QTL Sub1 menggunakan lapan pencetus ulangan jujukan ringkas (SSR). Berdasarkan permerhatian, lapan aksesi genotip padi tradisional iaitu MR284, Mayang Ambur, Pulut Butir Nangka, Ketitir, Langsat, Anak Kerengga, Campa dan Pak Ahmad menunjukkan ciri fenotipik toleran banjir. Walau bagaimanapun, pengenotipan DNA yang dijalankan menunjukkan kesan alel berbilang dan mempunyai skor berbeza dengan genotip IR64 Sub1. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat menjadi asas kepada penyelidikan yang lebih mendalam dalam mengenal pasti sumber genetik berpotensi dalam penghasilan varieti toleran banjir.

Teks penuh (425KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.