Penanaman terung telunjuk: Varieti sayuran tradisional berpotensi komersial

Umikalsum Mohamed Bahari, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Aminah Mahmud, Nurul Ammar Illani Jaafar dan Roslee Painudy 

Ringkasan
Malaysia mempunyai kepelbagaian terung tradisional seperti terung telunjuk. Namun, tanaman ini sering diabaikan sebagai tanaman sayuran utama disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya promosi dan kesedaran pengguna terhadap nutrisi dan khasiat terung telunjuk. Selain itu, kaedah penanaman yang belum didokumenkan dan bekalan benih terung telunjuk yang sukar diperoleh turut menyumbang kepada kekurangan penanaman terung jenis ini. Terung telunjuk atau nama
saintifiknya Solanum melongena merupakan varieti terung daripada kerabat liar. Varieti ini telah melalui penyesuaian dengan persekitaran tempatan, kurang masalah perosak dan penyakit serta memerlukan input pertanian yang minimum. Oleh itu, tanaman ini mampu memberi keuntungan/ pulangan yang tinggi kepada para petani. Impak hasil kajian ini diharap dapat membantu mempromosi dan memartabatkan terung tradisional serta menjadi pemacu perubahan dalam industri sayuran melalui peningkatan pengeluaran, pendapatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sayuran import.

Teks penuh (949KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.