Pemprosesan serabut nanas dan potensi penggunaannya sebagai bahan pembungkus

Nurzam Ezdiani Zakaria, Syarajatul Erma Khalid, Muhamad Ramdhan Addman, Ashahida Amran, Mohd Saifudin Omar dan Wan Nazri Wan Busu

Ringkasan
Serabut daun nanas (PALF) diproses daripada daun tumbuhan Ananus comosus yang berasal daripada keluarga Bromeliaceae. Kandungan kimia utama serabut nanas ini ialah selulosa, lignin dan abu. Ciri-ciri unggul sifat mekanikal PALF adalah berkaitan dengan kandungan selulosa dan tahap kekristalannya yang tinggi. Ciri-ciri ini menunjukkan PALF amat sesuai untuk dijadikan pengisi dalam pemprosesan plastik komposit dan juga pembuatan kertas. Sebahagian besar nanas dihasilkan sebagai buah-buahan dalam tin dan dipasarkan di seluruh dunia. Banyak negara di dunia telah menanam dan mengeksport nanas. Oleh itu, banyak sisa yang telah dijana daripada industri ini. Penggunaan sisa pertanian ini akan dapat menjana pendapatan kerana terdapat banyak potensi dan aplikasi yang boleh digunakan. Kaedah pemprosesan yang baik akan menjamin mutu dan
kualiti serabut tersebut.

Teks penuh (295KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.