‘Cube-Grow’: Kabinet pertumbuhan sayuran berdaun

Hamdan Mohd Noor, Hanim Ahmad dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan

Menanam sayuran daun di dalam ‘Cube-Grow’ membolehkan pengeluaran tanaman di ruang yang terhad di dalam rumah di samping mewujudkan lebih ruang untuk perkebunan. Penggunaan struktur ‘Cube-Grow’ ringkas pelbagai guna ini membolehkan tanaman sayuran berdaun ditanam, tumbuh dengan lebih sihat, kelihatan menarik dan hasilnya mudah dituai. Melalui penggunaan ‘Cube-Grow’, penanaman sayur-sayuran berdaun dapat dipraktikkan dengan lebih mudah di samping menambah nilai estetika hiasan di dalam rumah. ‘Cube-Grow’ juga berpotensi dijadikan elemen terapi ketika tanaman membesar dan mengeluarkan hasilan daun yang segar dan menghijau. Oleh itu, ‘CubeGrow’ amat sesuai untuk dimiliki oleh setiap warga kota yang sering berhadapan dengan masalah ruang terhad untuk aktiviti perkebunan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kediaman seperti apartmen, kondominium dan juga rumah pangsa.

Teks Penuh (291 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.